WASHINGTON, 30 Jan -- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau akan memberi pengampunan kepada perusuh yang menyerang bangunan Capitol AS pada 6 Jan 2021, jika beliau bertanding dalam pilihan raya presiden 2024 dan menang.
"Jika saya bertanding dan jika saya menang, kami akan melayan mereka yang terlibat dalam insiden 6 Jan dengan adil, dan jika ia memerlukan pengampunan, kami akan berikan pengampunan kepada mereka kerana mereka menerima layanan tidak adil," kata Trump dalam satu perhimpunan di Texas pada Sabtu, lapor Sputnik.
Bekas presiden itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan itu.
Lebih setahun lalu, sekumpulan penyokong Trump merusuh dalam bangunan Capitol AS bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri yang Trump dakwa berlaku penipuan.
Pihak berkuasa AS telah menahan lebih 725 individu di hampir semua 50 negeri berikutan kesalahan jenayah berhubung insiden rusuhan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial