AM

Indikator terkini SDG dimuat naik di SDG Dashboard

31/01/2022 04:01 PM

PUTRAJAYA, 31 Jan  -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memuat naik indikator terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di platform SDG Dashboard, hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indikator tersedia mengandungi 146 indikator peringkat nasional dan 19 indikator peringkat daerah dari 2016 hingga 2020 berdasarkan Laporan Indikator SDG Malaysia 2020.

Beliau berkata kali ini, SDG Dashboard memaparkan 18 indikator baharu daripada 128 indikator pada tahun sebelumnya.

Antara indikator baharu peringkat nasional adalah peratusan penduduk luar bandar yang tinggal dalam jarak dua kilometer dari jalan boleh digunakan sepanjang tahun dan indikator kadar kitar semula kebangsaan, katanya.

Beliau berkata indikator yang tersedia hingga peringkat daerah adalah insiden kemiskinan mutlak; kadar mortaliti; liputan vaksin; individu memiliki telefon bimbit dan akses internet; akses kepada bekalan air; sanitasi dan elektrik; kadar pengangguran; pengurusan sisa; statistik CCTV dan bilangan jenayah kekerasan.

SDG adalah komitmen global ke arah pembangunan lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif dengan 17 Matlamat dan 169 Sasaran. Ia mencakupi tiga dimensi iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Mohd Uzir berkata SDG Dashboard menggunakan pendekatan literasi digital dan memaparkan indikator SDG secara interaktif dan mampu menarik lebih ramai pengguna terutama pihak berkuasa tempatan, penyelidik dan pelajar bagi mendapatkan maklumat berkaitan status pencapaian SDG semasa negara hingga peringkat daerah.

SDG Dashboard boleh diakses melalui pautan http://mysdg.dosm.gov.my/.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan