KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini memaklumkan PKPD di Kampung Batu Talam, mukim sama akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook itu, Rodzi memaklumkan tiada pelanjutan PKPD di lokaliti lain.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial