LABUAN, 7 Feb -- Jentera Umno di seluruh negara bersiap siaga dalam segala aspek bagi memastikan parti itu terus 'bangun' dan relevan di hati rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO juga telah mempersiapkan jentera di semua peringkat demi memastikan ia bergerak sehingga akar umbi bagi mendalami kesusahan serta rintihan rakyat.
“UMNO akan menggunakan apa juga platform untuk mengangkat segala isu membelenggu rakyat ke peringkat tertinggi untuk penyelesaian.
"UMNO sejak dari dahulu diketahui membela untung nasib rakyat, sama ada ketika dalam pemerintahan kerajaan atau selepas kalah dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Labuan disini hari ini.
Dalam pada itu, Bung Moktar berkata antara fokus dan agenda jentera UMNO adalah bertemu dengan pengundi muda yang memerlukan penjelasan mengenai perkembangan politik tanah air.
"Pengundi golongan muda bakal mengundi dalam PRU akan datang, sudah semestinya jentera UMNO harus mendampingi mereka ini untuk memahami kehendak mereka yang jelas masih memerlukan bimbingan," katanya.
Ketua UMNO Sabah itu berkata gerak kerja UMNO juga akan diperluas ke arah mendalami platform media sosial yang menjadi platform kegemaran golongan muda.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial