KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah menghubungi rakan sejawatannya dari Rusia Sergey Lavrov pada Selasa, membincangkan bidang potensi kerjasama di peringkat serantau dan dua hala.
Saifuddin dalam perkongsiannya menerusi Twitter berkata semasa perbualan telefon itu, kedua-dua menteri membincangkan Suruhanjaya Bersama Rusia-Malaysia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (JCESTC) selain meneroka kemungkinan perkongsian strategik ASEAN-Rusia dan potensi kerjasama dua hala di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Malaysia dan Rusia akan menyambut 55 tahun hubungan diplomatik pada 3 April tahun ini. Kami mengalu-alukan lebih banyak penglibatan positif yang boleh menyemarakkan kerjasama sedia ada,” ciapnya di Twitter.
Sesi pertama JCESTC antara Malaysia dan Rusia diadakan di Moscow dari 1 Okt hingga 2 Okt 2019 dengan kedua-dua negara membincangkan kerjasama, khususnya dalam bidang aeroangkasa, pertahanan, teknologi maklumat dan komunikasi, inovasi dan pembangunan digital.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial