KANGAR, 10 Feb -- Sebanyak 20,000 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Perlis layak untuk menerima suntikan dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).
Setakat hari ini dianggarkan 100 kanak-kanak telah menerima suntikan vaksin dos pertama dalam program PICKids di pusat pemberian vaksin (PPV) Offsite Klinik Annura Masjid Syed Alwi dan pusat pemberian vaksin khas (SPPV) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Sirajuddin Hashim berkata pada 9 Feb terdapat 10 kanak-kanak yang telah menerima suntikan vaksin jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) di SPPV HTF dan 60 kanak-kanak menerima suntikan vaksin di PPV Offsite Klinik Annura Masjid Syed Alwi.
“Bermula 14 Feb, tiga PPV akan dibuka di tiga buah sekolah rendah di negeri Perlis setelah mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa bagi meningkatkan lagi pemberian suntikan vaksin,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata SPPV HTF adalah bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dan kanak-kanak tiada masalah kesihatan pula menerima suntikan di PPV Offsite Klinik Annura Masjid Syed Alwi dan Offsite Pusat Khidmat Kubang Gajah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial