AM

COVID: 22,802 kes baharu, kes kumulatif kini melepasi tiga juta

12/02/2022 08:26 PM

KUALA LUMPUR, 12 Feb  -- Kes baharu COVID-19 kekal trend meningkat dengan 22,802 kes direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif melebihi tiga juta iaitu 3,019,163.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua manakala baki 104 kes atau 0.46 peratus, berada dalam kategori tiga, empat dan lima. 

“Kategori satu adalah sebanyak 5,029 kes atau 22.05 peratus; kategori dua 17,669 kes (77.49 kes); kategori tiga, 82 kes (0.36 peratus); kategori empat, 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima, lapan kes (0.04 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

ementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan harian mengenai perkembangan COVID-19 memaklumkan daripada 22,802 kes baharu hari ini, 94 adalah kes import dan 22,708 kes tempatan manakala 176 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 98 memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak 5,442 kes sembuh direkodkan menjadikan kumulatif pesakit pulih setakat ini ialah 2,846,713.

Katanya sebanyak 11 kluster baharu turut direkodkan dengan 415 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara, Dr Noor Hisham berkata ia berada pada paras 1.51  semalam dengan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 2.31 diikuti Sarawak (1.82), Sabah (1.65) dan Perlis (1.51).

Maklumat terperinci mengenai situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan