POLITIK

PKR akur dengan keputusan PRN Johor 

13/03/2022 01:25 PM

JOHOR BAHRU, 13 Mac -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Bagaimanapun beliau melahirkan penghargaan kepada semua pendukung dan jentera PKR serta Pakatan Harapan (PH) yang berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang berlangsungnya PRN itu.

“Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PRN Johor semalam menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan