EKONOMI

Shangri-La Hotels lantik Chan Kong Leong sebagai Pengarah Urusan baharu

24/06/2022 07:40 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Shangri-La Hotels (Malaysia) Bhd telah melantik Chan Kong Leong sebagai Pengarah Urusan (MD) baharu, berkuat kuasa dari berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat ke-51 yang akan diadakan pada 30 Jun, 2022.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengendali hotel itu berkata, warga Singapura itu akan menggantikan Kuok Oon Kwong, anak saudara hartawan perniagaan Robert Kuok yang memutuskan untuk tidak bertanding pada pemilihan semula AGM ke-51 syarikat itu.

Katanya Kuok sepatutnya bersara daripada lembaga pengarah dan peranan sebagai MD ketika berakhirnya AGM tersebut selepas berkhidmat sebagai lembaga pengarah sejak November 1996 dan MD syarikat untuk tempoh lebih 23 tahun.

“Chan, 49, menyertai Shangri-La Hotels pada 18 Mei, 2022 sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

“Dengan pelantikan ini, Chan akan dilantik semula sebagai MD syarikat,” katanya.

Menurut syarikat, Chan mempamerkan kepimpinan yang kukuh dan pemahaman komersial serta pengalaman yang luas dalam perniagaan industri dan pengetahuan mengenai peranannya sebagai MD.

“Beliau dalam kedudukan yang sesuai untuk mengemudi syarikat melalui pemulihan daripada pandemik COVID-19 dan memacu pertumbuhan masa depan syarikat,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan