DUNIA

Kereta api "Trieste-Velenje” Laluan Ekspres Darat dan Laut China-Eropah mula beroperasi

28/06/2022 04:14 PM

BEIJING, 28 Jun (Bernama) -- Kereta api Trieste-Velenje, sebahagian Laluan Ekspres Darat dan Laut China-Eropah beroperasi secara rasmi di Itali pada Isnin.

Majlis perasmiannya turut dihadiri tokoh-tokoh politik dan perdagangan dari China dan Itali.

Kereta api yang membawa 32 kontena bahan mentah bertolak dari pelabuhan Trieste, Itali dan dijadual tiba di sebuah kilang di Velenje, Slovenia pada keesokan harinya.

Difahamkan, laluan yang beroperasi tiga hingga empat kali seminggu itu amat kondusif bagi menjamin rantaian bekalan antarabangsa dan menyumbang kepada pembinaan Laluan Sutera Maritim yang baharu.

Sejak tercetus pandemik COVID-19 dan krisis Rusia-Ukraine, pengangkutan transit di benua Eropah menghadapi risiko besar dari sudut kos dan kecekapan, sekali gus menjejaskan kestabilan rantaian bekalan syarikat-syarikat rentas sempadan.

Dengan beroperasinya laluan kereta api baharu tersebut, ia diyakini mampu menyelesaikan masalah-masalah termasuk tenaga insan dan kapasiti pengangkutan.

Laluan Ekspres Darat dan Laut China-Eropah kini telah meliputi pelbagai kawasan di Eropah termasuk Hungary, Czech, Slovakia, Austria, Serbia, Croatia, Bulgaria, Romania dan Sepanyol, sekali gus menjadi laluan penting bagi pengeksportan China ke Eropah dan sebaliknya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan