SUKAN

AKK Etom B dari Perak juara Cabaran Memancing Laut Dalam Daiwa Labuan 2022

03/07/2022 06:32 PM

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 3 Julai (Bernama) -- Cabaran Memancing Laut Dalam Daiwa Labuan 2022 terus meraih sokongan menggalakkan daripada kaki pancing seluruh negara. 

Acara utama Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) Ke-24 itu, yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini, disertai 55 orang pemancing dalam 18 bot.

AKK Etom B dari Ipoh, Perak dengan tangkapan seberat 31.5 kilogram (kg) memenangi cabaran itu, diikuti Silibin Tackle dari Kota Kinabalu, Sabah (31 kg) pada tempat kedua dan Seaborg dari Lahad Datu, Sabah dengan ikan seberat 30.1 kg meraih tempat ketiga.

Pemenang merangkul RM30,000, manakala naib johan dan tempat kedua pula masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 dan semua pasukan menerima peralatan memancing Daiwa.

Sementara itu, Tan Rui Yuan memenangi kategori khas (ikan ditangkap menggunakan kekili Daiwa) selepas menangkap ikan seberat 14.5 kg dan beliau membawa pulang barangan berupa kekili Daiwa serta pisau Swiss Victoriknox bernilai RM4,219.

Pengerusi penganjuran LISC Rithuan Ismail berkata acara tahun ini agak mencabar susulan peserta terpaksa berdepan cuaca panas. 

“Kami harap lebih ramai kaki pancing akan mengambil bahagian dalam acara ini tahun hadapan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan