EKONOMI

Jakel Capital kini pemegang saham terbesar Cypark menerusi tawaran saham persendirian

04/01/2023 08:26 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Jakel Capital Sdn Bhd kini merupakan pemegang saham terbesar syarikat tenaga boleh diperbaharui Cypark Resources Bhd melalui tawaran saham persendirian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini Cypark berkata ia selesai menempatkan 176,648,892 saham baharu pada harga RM67.1 juta kepada Jakel.

Jakel kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar dengan jumlah pegangan saham langsung dan tidak langsung sebanyak 27.33 peratus, katanya.

"Cypark memandang Jakel Capital sebagai pemegang saham Bumiputera strategik baharu yang akan membantu mengekalkan status Cypark sebagai syarikat senaraian awam yang dikawal Bumiputera dan akan menjadi pelabur jangka panjang Cypark.

"Dengan sokongan pelabur Bumiputera yang kukuh seperti Jakel Capital, Cypark menjangka untuk mengoptimumkan lagi kedudukan pasaran strategik kami, meningkatkan asas pemegang saham kami, serta mengembangkan dan mengukuhkan kehadiran perniagaan kami di peringkat tempatan dan serantau," kata Cypark.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan