EKONOMI

Emraz jangka 12,000 jemaah guna pakej pembiayaan umrah patuh syariah tahun ini

01/02/2023 07:06 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Pengendali Haji dan Umrah serta agenci pelancongan tempatan, EMRAZ Travel & Tours, menjangkakan 12,000 jemaah akan menggunakan pakej pembiayaan umrah patuh syariah menerusi kerjasama strategiknya dengan AmBank Islamic tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif EMRAZ, Datuk Dr Zulkarnain Endut berkata pada tahun lepas, EMRAZ telah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah ke dua kota suci Islam iaitu Mekah dan Madinah, angka itu dijangka meningkat kepada lebih 41,000 jemaah umrah tahun ini. 

"Kami mengalu-alukan langkah AmBank Islamic untuk bekerjasama dengan ejen umrah berlesen seperti EMRAZ dalam menawarkan pakej pembiayaan pertama seumpamanya.

"Kerjasama ini akan menyediakan platform yang signifikan kepada umat Islam untuk mendapatkan agensi kos efektif bagi mengurangkan beban kewangan bakal jemaah dalam menunaikan umrah dengan mudah dan mudah," kata Zulkarnain dalam satu kenyataan hari ini.

Pakej pembiayaan umrah itu direka khas untuk semua pelanggan seperti penjawat awam dan syarikat senaraian awam terpilih. 

EMRAZ menawarkan pakej umrah serendah RM5,990 untuk pelbagai pakej yang boleh disesuaikan mengikut keutamaan atau keperluan bakal jemaah yang ingin menunaikan umrah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan