AM

Malaysia-Brunei perkukuhkan komitmen kerjasama pertahanan - Mindef

08/02/2023 12:32 AM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenaan menerima  menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammad Hasan, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan sempena lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), pertemuan adalah bagi membincangkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Brunei yang disifatkan sangat produktif merangkumi spektrum yang luas dalam bidang kerjasama dua hala.

Pada pertemuan tersebut, Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada Baginda untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.

Terdahulu, Mohamad mengadakan kunjungan dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Brunei Darussalam, Brig Jen (B) Datuk Seri Pahlawan Abdul Razak Abdul Kadir.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri berkenaan mengakui bahawa lawatan rasmi tersebut adalah bukti ikatan yang kukuh dan dinamik hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.

Malaysia dan Brunei berkongsi hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan lawatan oleh Mohamad telah memberi peluang untuk mempertingkatkan perkongsian strategik, menurut kementerian itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan