EKONOMI

Anak Syarikat Hong Seng Terima Kelulusan Kementerian Kesihatan Jalan Perniagaan Mco

10/04/2023 09:30 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Anak syarikat 60 peratus milik Hong Seng Consolidated Bhd, eMedAsia Sdn Bhd, hari ini menerima surat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan berkaitan permohonannya untuk menjalankan perniagaan organisasi penjagaan terurus (MCO).

Hong Seng dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Lesen Jenis A borong untuk ahli farmasi yang bekerja di bawah eMedAsia telah diluluskan baru-baru ini.

“Ini membolehkan eMedAsia mengimport, menyimpan dan secara amnya mengendalikan semua racun secara borong dan runcit hanya di premis yang dipohon, untuk tempoh dari 11 Jan 2023 hingga 31 Dis 2023,” katanya.

MCO ialah mana-mana organisasi atau badan yang mana kemudahan atau perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta membuat kontrak atau pengaturan untuk menyediakan jenis atau kualiti atau kuantiti penjagaan kesihatan tertentu dalam sistem pembiayaan tertentu dan dikawal selia di bawah peruntukan dalam Bahagian XV Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Ia menyediakan atau memberikan penjagaan kesihatan kepada pengguna melalui penyedia penjagaan kesihatan MCO sendiri atau penyedia penjagaan kesihatan pihak ketiga mengikut kontrak atau pengaturan antara semua pihak yang berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan