DUNIA

Malaysia Intai Peluang Jalin Kerjasama Dengan Rusia Dalam Pemindahan Teknologi

20/05/2023 05:40 PM

KAZAN (Rusia), 20 Mei (Bernama-Sputnik) -- Malaysia sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan Rusia dalam pertukaran teknologi, terutama yang dibangunkan dengan baik di Rusia, termasuk teknologi robotik atau roket, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Kami meminta Rusia membantu terutama dalam pemindahan teknologi dalam sektor tertentu seperti robotik, sains roket yang diperlukan oleh universiti di Malaysia," kata Khaled di luar forum ekonomi Antarabangsa ke-14, "Russia - Islamic World: KazanForum."

Beliau berkata Malaysia juga berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Moscow dalam pertukaran sains perubatan lanjutan, aeronautik dan kejuruteraan elektrik.

Forum itu berlangsung di bandar Kazan Rusia dari 18 hingga 19 Mei. Beliau bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menghadiri forum itu dengan kedua-duanya bersetuju dengan pihak Rusia untuk mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan