AM

Bekas Pengerusi Pkm Abdullah Cd Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

13/01/2024 10:58 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) Abdullah CD, atau nama sebenarnya Che Dat Anjang Abdullah, meninggal dunia pada usia 100 tahun di Thailand pagi tadi.

Berita kematian pengasas pasukan Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya itu dikongsikan oleh menantunya, Indrajaya Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada 9.29 pagi (waktu tempatan) di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat.

“Bahawa Abdullah CD atau nama sebenar Cek Dat Anjang Abdullah, bekas Pengerusi PKM dan pengasas pasukan Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya, telah kembali ke rahmatullah pada 9.29 pagi ini di Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwat dalam umur 100 tahun 3 bulan,” katanya.

Abdullah, yang berasal dari Lambor Kanan, Parit di Perak, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 2 Okt lepas.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan