DUNIA

Kerosakan Sayap Pesawat, Boeing 757 Buat Pendaratan Cemas

21/02/2024 10:30 AM

SAN FRANCISCO, 21 Feb (Bernama-Xinhua) -- United Airlines pada Selasa mengesahkan bahawa penerbangan dari San Francisco ke Boston terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin akibat kerosakan pada sayap pesawat, lapor Xinhua.

Menurut syarikat itu masalah teknikal dikesan pada sayap pesawat Boeing 757-200 namun butiran lanjut mengenai puncanya tidak dinyatakan.

Pesawat itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver selepas dan selamat mendarat pada pukul 5.21 petang.

Para penumpang dipindahkan ke pesawat lain dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan awal pagi Selasa, menurut United Airlines.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan