AM

Kpj Healthcare Raikan Aidilfitri Bersama Petugas Barisan Hadapan, Pesakit

10/04/2024 10:16 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) hari ini meraikan Aidilfitri sambil menyemarakkan semangat 'Care For Life' bersama-sama kakitangan berdedikasi, pesakit dan petugas barisan hadapan melalui program komuniti 'Jalinan Kasih'.

Program yang dilancarkan oleh KPJ Healthcare baru-baru ini, merupakan usaha membantu gelandangan di Chow Kit ketika Ramadan dan inisiatif itu diteruskan pada hari pertama Syawal.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Chin Keat Chyuan sendiri turun padang bagi melawat pesakit dan petugas barisan hadapan di Hospital Pakar KPJ Damansara ("DSH"), Hospital Pakar Damansara 2 ("DSH2"), Balai Bomba Damansara Utama, dan Balai Polis Damansara Utama, sambil menzahirkan ucapan terima kasih.

Lawatan khas itu turut meliputi Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Balai Bomba Taman Tun Dr Ismail.

“Semangat dedikasi dan pengorbanan petugas barisan hadapan kami selama ini sememangnya memberi inspirasi. Sejak pandemik COVID-19, hubungan kami dengan rakan barisan hadapan bertambah utuh didorong oleh tujuan dan daya tahan bersama.

“Ketika bergerak ke hadapan, kami berhasrat untuk mengeratkan hubungan ini, bersatu dalam komitmen untuk berkhidmat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata inisiatif Jalinan Kasih hari ini mencontohi etos KPJ Healthcare yang  berlandaskan prinsip belas kasihan dan sokongan dalam menyediakan penjagaan Care For Life kepada komuniti.

"Dengan jarak radius 10 kilometer antara DSH dan DSH2, kedua-dua ahli Rangkaian Penjagaan Klinik Mayo (“MCCN”) itu, KPJ Healthcare meneruskan misinya untuk meningkatkan penjagaan yang mengutamakan pesakit sambil memastikan akses kepada kualiti bertaraf dunia, penjagaan kesihatan untuk penduduk di kawasan itu," katanya.

Menyedari pentingnya aspek pemakanan dalam penjagaan pesakit holistik, anak syarikat KPJ Healthcare, Total Meal Solution ("TMS") menawarkan hidangan yang lazat, berkhasiat dan mampan untuk individu di rumah atau dalam penjagaan.

Setiap kali musim perayaan, TMS menyediakan hidangan khas untuk hospital.

“Aidilfitri ini, pesakit akan menikmati juadah tradisional yang berkhasiat seperti rendang, nasi impit dan juadah Raya yang lain,” katanya.

Chin berkata dedikasi KPJ Healthcare dalam menyediakan makanan berkualiti tinggi mencerminkan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan yang komprehensif dan penuh belas kasihan, mengutamakan setiap aspek pengalaman pesakit demi kesejahteraan dan keselesaan mereka secara menyeluruh.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan