JENAYAH & MAHKAMAH

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Lori Di NKVE

22/11/2024 09:52 PM

SHAH ALAM, 22 Nov (Bernama) -- Seorang penunggang maut selepas merempuh belakang sebuah lori di KM7.9 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini tengah hari tadi. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian pada kira-kira 12 tengah itu, lori yang membawa muatan tar menuju ke Kuala Lumpur telah berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami tayar pancit. 

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Insp Muhammad Syahrul bin Zulkeflee di talian 010-4589850. 

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar mangsa kemalangan melalui media sosial atau mana-mana aplikasi komunikasi.

"Perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah undang-undang khususnya seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya. 

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan