Beliau berkata ia hasil aktiviti penguatkuasaan yang lebih agresif dan penubuhan pasukan petugas khas untuk membanteras aktiviti penagihan.
"Selain itu kita juga berjaya menahan 56 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 pada 2024.
"Sebahagian besar rampasan melibatkan dadah jenis syabu dan pil yaba yang mudah diperoleh dengan harga murah berbanding dadah jenis lain," katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Khairi berkata 1,330 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian berjumlah RM42.06 juta direkodkan sepanjang tahun lepas.
Beliau berkata ia menunjukkan peningkatan 7.51 peratus berbanding 1,237 kes dengan nilai kerugian RM33.76 juta pada 2023.
"Jumlah tangkapan bagi kes jenayah komersial juga meningkat kepada 742 orang pada 2024 berbanding 710 orang pada 2023," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial