KOTA BHARU, 28 Dis (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas lebih 150,000 batang rokok putih bernilai RM165,000 dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Paloh, Tumpat, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 selepas mengesan sebuah Proton Exora dalam keadaan mencurigakan pada pukul 1.30 pagi.
"Pemandu bertindak memecut laju kereta yang dinaiki setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun terbabas di kawasan rumah penduduk sebelum lari meninggalkan kenderaan terbabit.
"Hasil pemeriksaan menemukan beberapa kotak yang mengandungi lebih 150,000 batang rokok putih jenama Saat di dalam kenderaan itu, yang disyaki untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata anggaran nilai rampasan bagi kenderaan adalah RM35,000 manakala rokok putih bernilai RM165,000, dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
"Hasil rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial