DUNIA

"Haikui No.1", Fasiliti FPSO Pertama Di Asia

03/02/2025 12:59 PM

BEIJING, 3 Feb (Bernama-CMG) -- China berjaya menghasilkan fasiliti terapung mengeluar, menyimpan dan memunggah (FPSO) minyak berbentuk silinder yang pertama di Asia, iaitu "Haikui No.1" dan kini beroperasi dengan baik.

Fasiliti yang menggabungkan fungsi mengeluar, memproses, menyimpan, output dan membekalkan tenaga itu digelar sebagai "kilang petroleum di laut".

Dilengkapi hampir 600,000 komponen, "Haikui No.1" mempunyai dek seluas bersamaan 13 padang bola keranjang, dengan tingginya hampir bangunan 30 tingkat, dan beratnya 37,000 tan.

Fasiliti gergasi itu boleh membawa minyak sehingga 60,000 tan, dan mampu beroperasi di laut selama 15 tahun tanpa perlu berlabuh di tanah besar.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan