KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap bekas Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Mohd Nizam yang sebelum ini Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas ATM dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 pada 31 Jan lepas.
Beliau menggantikan Mohammad yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama ATM.
Menurut catatan itu, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Mohammad atas jasa serta sumbangan beliau dalam ATM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial