AM

Kenaikan Harga Lantai Belian Padi Bukti Kerajaan MADANI Peka Suara Pesawah - Exco

05/02/2025 09:23 PM

GEORGE TOWN, 5 Feb (Bernama) -- Kenaikan harga lantai belian padi yang bakal diumumkan minggu depan menunjukkan Kerajaan MADANI peka dan prihatin terhadap suara golongan petani khususnya pesawah.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Koperasi Pulau Pinang Fahmi Zainol berkata kerajaan terbukti mengambil berat keluhan dan kesusahan petani menerusi keputusan berkenaan.

"Berita baik ini merupakan kali kedua harga lantai belian padi dinaikkan semasa zaman Kerajaan  MADANI dan selain itu, Kerajaan MADANI juga akan memperuntukkan subsidi bernilai RM150 juta bagi enam bulan.

“Ini adalah komitmen tambahan kerajaan supaya kos pengguna juga dapat ditampung, berikutan kenaikan harga lantai belian padi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi pada minggu depan berserta subsidi tambahan bagi mengimbangi kesan kepada pengguna terutamanya melibatkan harga beras. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan membentangkan kertas menteri bagi menjelaskan dan mengumumkan kenaikan harga lantai berkenaan. 

Pada 2023, kerajaan menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan daripada RM1,200 per metrik tan sejak 2014. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan