KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan eksport tenaga boleh baharu (TBB) melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) adalah berdasarkan lebihan tenaga elektrik daripada sistem bekalan elektrik sedia ada.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata penjualan bekalan TBB daripada sistem bekalan elektrik tersebut dibuat berdasarkan tawaran tarif bidaan tertinggi.
Beliau turut menyatakan bahawa urusan penjualan tenaga ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) berperanan sebagai wakil kerajaan dalam perjanjian dengan pembeli dari Singapura.
“Segala pendapatan ataupun perdagangan tersebut adalah bertujuan pengkuatkuasaan sistem pembekalan elektrik negara bukan untuk tujuan keuntungan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi bagi menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan ENEGEM dan perancangan masa depan.
Bidaan TBB rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) telah bermula menjelang akhir 2024.
TNB dan syarikat pengimport bekalan elektrik berlesen Singapura, Sembcorp Power Pte Ltd telah menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) pada 9 Disember lepas dan di bawah perjanjian berkenaan, Singapura bersetuju mengimport 50 megawatt (MW) tenaga hijau disertakan Sijil TBB (RECs).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial