AM

34 Kawasan Dinaiki Air, Tiga PPS Dibuka Di Melaka

06/03/2025 05:06 PM

MELAKA, 6 Mac (Bermama) -- Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah dan Jasin dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 34 kawasan terjejas dan setakat 12.30 tengah hari, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

"Dua PPS dibuka di Melaka Tengah iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Malim dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong di Melaka Tengah manakala satu lagi di Jasin iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum.

"Setakat ini jumlah kesemua mangsa belum dapat dipastikan dan masih lagi dalam proses pendaftaran," katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terjejas di Melaka Tengah membabitkan Kampung Pengkalan Rama, Kampung Chetty, Kampung Limbongan, Bakar Batu, Kampung Banda Hilir dan Kampung Klebang Kecil.

Turut dinaiki air ialah Taman Malim Permai, Taman Rambai Jaya, Taman Gadong Perdana, Kampung Pengkalan Renggam, Kandang, Ayer Molek, Paya Dalam dan Kampung Pokok Manggis Pulau Gadong.

Di Jasin pula, dua kawasan terjejas iaitu Kampung Kilang Berapi dan Kampung Asam Kumbang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan