AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Menurun Kepada 2,655 Orang Pagi Ini

12/03/2025 08:43 AM

KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 3,114 orang daripada 1,488 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir berkenaan menurun, kerana keadaan banjir di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum ini semakin pulih dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Direkodkan di Beaufort masih 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS, Membakut (422 orang daripada 50 keluarga di lima PPS), dan Tenom (514 orang daripada 210 keluarga di sembilan PPS).

“Sebanyak 36 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan