AM

JKNT Keluar Lebih 7,000 Notis Kesalahan Berkaitan Rokok Tahun Lepas

04/01/2025 02:04 PM

KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan 7,578 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) melibatkan RM1.6 juta sepanjang tahun lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong dalam kenyataan hari ini berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 26,951 premis termasuk restoran, kedai makan, pusat membeli-belah, tempat awam dan sebagainya di seluruh negeri.

"Daerah Kemaman merekodkan kes tertinggi iaitu 1,247 notis diikuti Kuala Terengganu (1,051); Marang (950) Hulu Terengganu (938); Daerah Setiu 924 notis; Dungun (921); Kuala Nerus (787) dan Besut (760)," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan 669 notis Kesalahan Peraturan 13(1) kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang merokok, meningkat sedikit berbanding kesalahan sama direkodkan pada tahun 2023 iaitu 618 notis.

Kasemani berkata JKNT turut menyita 639 item pelbagai jenama rokok bernilai RM4356.10 yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan berkaitan rokok, termasuk penjualan di  bawah harga minima RM12 yang ditetapkan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan