AM

Pascabanjir : IAM, Etiqa Takaful Agih Bantuan Kepada Lebih 700 Mangsa Di Kelantan

06/01/2025 03:32 PM

PASIR MAS, 6 Jan (Bernama) -- Sebanyak 750 keluarga di Pasir Mas dan Machang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima bantuan berbentuk pek makanan dan keperluan penjagaan diri daripada Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Etiqa Takaful.

Ketua Pengarah Wilayah Pantai Timur Etiqa Insurans dan Takaful, Muhamad Nurawi Abdul Rashid, berkata program ‘Bantuan Mangsa Banjir Kelantan’ memberi tumpuan kepada golongan kurang berkemampuan, khususnya asnaf yang terkesan akibat bencana banjir, bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami telah mengagihkan bantuan kepada 750 keluarga dari tiga kawasan terjejas, iaitu Kampung Kuin Merah dan Kampung Lubok Setol di Pasir Mas serta Kampung Laha di Machang.

“Setiap keluarga menerima barangan keperluan asas seperti beras, gula, susu, minyak masak, tepung gandum, dan lain-lain, selain barangan penjagaan diri serta pencuci untuk pembersihan rumah,” katanya ketika menyampaikan bantuan kepada 400 mangsa banjir di Masjid Mukim Kampung Lubok Setol, di sini, hari ini.

Zawahir berkata misi bantuan ini membuktikan keprihatinan pihaknya terhadap keperluan masyarakat tempatan. Pendekatan yang diambil adalah dengan mengunjungi lokasi mangsa secara langsung dan menyerahkan bantuan secara peribadi kepada mereka.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan