AM

MiSHA Rai Pencapaian Organisasi Dalam Sektor Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 17 Jan Ini

07/01/2025 09:54 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Satu majlis anugerah khas bagi meraikan pencapaian organisasi-organisasi terpilih di Malaysia dalam sektor keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutama dalam prinsip pencegahan, akan diadakan di Hotel Royale Chulan pada malam gala 17 Jan ini.

Majlis anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) itu akan menampilkan penyampaian 150 anugerah kepada organisasi terpilih, termasuk anugerah tertinggi MiSHA Platinum Awards on OSH Principle of Prevention (OSHPoP) 2024.

MiSHA dalam kenyataan di sini memaklumkan 4th MiSHA National Excellence Award on OSHPoP 2024 itu bertujuan meraikan organisasi-organisasi yang telah berjaya melaksanakan strategi dan amalan pengurusan ancaman berdasarkan rangka kerja OSHPoP.

Anugerah MiSHA merupakan satu usaha dalam mengiktiraf pelbagai sektor industri yang komited dalam meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tempat kerja. 

“Majlis anugerah ini akan menyatukan pemimpin industri, profesional keselamatan serta pihak berkaitan melalui dedikasi bersama dalam meningkatkan prestasi keselamatan tempat kerja di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan