AM

MOT Cadang Tarif Elektrik Khas Untuk Sektor Pengangkutan Awam

07/01/2025 08:07 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengusaha pengangkutan awam berdepan beban kewangan memandangkan mereka dicaj tarif yang sama seperti syarikat perniagaan biasa.

"Satu perkara yang selalu kita perjuangkan di Kementerian Pengangkutan ialah kita mahukan kadar khas bagi tenaga elektrik untuk pengangkutan awam.

"Kita sedang melihat tarif khas untuk para pengusaha, awam dan swasta, untuk menggalakkan pertumbuhan pengangkutan awam," kata Loke.

Beliau menekankan caj semasa adalah tinggi dan tarif khas yang dicadangkan boleh meringankan beban kewangan ditanggung pengusaha secara ketara.

Loke berkata demikian dalam suatu forum pada Hari Korporat Malaysia Tahunan Antarabangsa CGS ke-17 yang dipengerusikan Pengarah Bebas CGS International Securities Malaysia Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan. 

Beliau berkata pengusaha seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Prasarana membelanjakan 30 hingga 35 peratus kos operasi mereka untuk elektrik manakala Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan 35 kos operasi susulan sistem tarif sedia ada. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan