AM

Banjir Di Beruas, Satu PPS Dibuka

09/01/2025 05:23 PM

IPOH, 9 Jan (Bernama) -- Satu pusat pemindahan sementara dibuka di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, di Beruas hari ini bagi menempatkan 15 orang daripada empat keluarga yang terjejas akibat banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung dalam kenyataan memaklumkan PPS berkenaan dibuka pada 1.30 tengah hari dengan menempatkan penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak (JPS) memaklumkan paras air Sungai Bidor, Changkat Jong di Hilir Perak berada pada paras amaran dengan bacaan 3.25 meter berbanding paras normal 2 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim berlaku ribut dan hujan pada petang ini dan malam.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan itu dinaiki air setinggi 0.8 meter.

Semalam Bernama melaporkan penduduk Kampung Kasi yang terjejas banjir memohon kerajaan negeri serta JPS segera bertindak menyelenggara Sungai Beruas yang didakwa semakin cetek hingga menjadi punca banjir di kampung itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan