AM

JKSS Perlu Adaptasi Teknologi Baharu Termasuk AI - Abang Johari

21/01/2025 10:12 PM

KUCHING, 21 Jan (Bernama) -- Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) perlu memberikan keutamaan kepada penggunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) sebagai antara inisiatif meningkatkan tatakelola penyampaian perkhidmatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

"Penambahbaikan ini termasuk dalam pelbagai aspek termasuk dalam bidang kehakiman dan perundangan agar selari dengan dasar kerajaan ke arah e-Government,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025 di sini, malam ini.

Beliau berkata JKSS yang merupakan institusi perundangan dan kehakiman syariah akan terus dipertahankan serta diperkasakan dari semasa ke semasa.

“Kerajaan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha yang boleh menyumbang ke arah meninggikan martabat institusi perundangan dan kehakiman syariah di Sarawak.

“Ini termasuk melakukan penambahbaikan secara berterusan terhadap bidang kuasa mahkamah syariah, perjawatan hakim-hakim syarie dan profesionalisme pegawai-pegawai mahkamah dari semasa ke semasa,” katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan