AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Dan Sarawak Menurun Pagi Ini

08/02/2025 09:55 AM

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa berkurang kepada 695 orang daripada 189 keluarga pada 8 pagi, berbanding 700 orang daripada 190 keluarga malam tadi.

Sebanyak 275 orang (83 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 276 orang (70 keluarga) di dua PPS di daerah Kinabatangan, 132 orang (32 keluarga) di dua PPS di daerah Keningau dan 12 orang daripada empat keluarga di Tambunan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir juga terus menurun kepada 3,921 orang setakat 8 pagi berbanding 4,065 orang pada sebelah malam dengan 21 PPS masih beroperasi.

Laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak menyatakan jumlah mangsa di Bahagian Bintulu menyusut kepada 1,868 orang di lima PPS berbanding 1,873 orang sebelum ini manakala di Sibu juga turut berkurang kepada 983 orang di enam PPS berbanding 1,114 orang malam tadi.

Di Miri, lima PPS yang beroperasi mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 443 orang berbanding 452 orang, Bahagian Mukah meningkat sedikit kepada 614 orang daripada 613 orang di empat PPS, sementara di Bahagian Sarikei kekal dengan 13 mangsa di sebuah PPS.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan