KANGAR, 8 Feb (Bernama) -- Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas basikal ditunggangi dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 di Jalan Padang Besar-Ulu Pauh berhampiran pintu masuk universiti itu di Arau, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata insiden pada 10.30 malam itu menyebabkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer Muhammad Fawwaz Hazim Abd Karim, 23, berasal dari Sungai Petani, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ahmad Mohsin berkata hasil siasatan awal dipercayai kenderaan dipandu lelaki berumur 41 tahun dari arah Chuping menghala ke Ulu Pauh melanggar bahagian belakang basikal ditunggang pelajar itu yang dipercayai bergerak di laluan tengah jalan untuk ke arah Kolej Penginapan Pauh Putra.
"Kereta ini yang datang dari arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak dan menyebabkan penunggang basikal jatuh ke atas jalan. Akibat kemalangan, penunggang basikal meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat pelajar itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial