KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Teologi dan International Hatip High Schools di negara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata permohonan dibuka sehingga 28 Feb ini, sekali gus memberikan peluang terbaik kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.
“Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bagi calon berkelayakan, boleh membuat permohonan segera. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan Kedutaan Turkiye atas peluang ini kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Rakyat Malaysia yang ingin memohon boleh melayari laman rasmi DiYANET BURSLARI Scholarships di pautan https://diyanetburslari.tdv.org/en/.
Sementara itu, Universiti Malaya (UM) menerusi nota kepada pengarang memaklumkan Tuanku Canselor UM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang dijadual melawat Malaysia esok (Isnin).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial