SUKAN

Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 Tarik Minat Peserta Luar Negara

28/12/2024 08:42 PM

AMPANG, 28 Dis (Bernama) -- Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 yang memasuki edisi ketiga berjaya menarik minat bukan sahaja atlet tempatan malah luar negara.

Penganjur kejohanan Fairul Ezly Ramli berkata antara negara yang mengambil bahagian kali ini adalah Afghanistan, Iran dan Kemboja bagi merebut lima tali pinggang yang ditawarkan.

“Kejohanan tahun ini sedikit berbeza dari edisi sebelum ini kerana kita adakan secara tertutup. Kali ini kita juga berjaya membawa atlet dari luar negara.

“Seramai 92 peserta akan terbabit bagi kejohanan ini melibatkan 80 atlet amatur dan 12 profesional,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, atlet muay thai dari kelab Hallofight Lab Muhammad Afif Farhan Mohd Fazli, 19, berkata dia teruja untuk bertanding pada pertarungan profesional keenam bagi merebut tali pinggangnya yang pertama.

“Saya memang sudah berlatih dengan keras bagi menghadapi kejohanan. Harap segala sakit semasa latihan membuahkan hasil pada perlawanan esok,” katanya.

Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 dijadualkan berlangsung di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang esok dengan majlis akan dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Abdul Munim.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan