KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Langkah segera bakal diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau hari ini, Anwar berkata beliau akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau itu.
Anwar telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial