JENAYAH & MAHKAMAH

Cederakan Dua Pereka Fesyen, Polis Reman Seorang Jurugambar

09/01/2025 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Polis mereman seorang lelaki tempatan selepas disyaki menyerang sehingga mendatangkan kecederaan ke atas dua pereka fesyen di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian berkenaan pada 11 malam semalam.

“Suspek seorang jurugambar berumur 30 tahun telah ditahan di tempat kejadian, manakala mangsa, dua lelaki tempatan berumur 53 dan 47 tahun mengalami kecederaan di pipi. Turut dirampas adalah sebuah kamera yang digunakan sebagai senjata dalam kejadian.

“Punca kejadian dipercayai disebabkan isu peribadi,” katanya. 

Shahrulnizam berkata suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Sebelum ini, media melaporkan dua pereka fesyen telah diserang oleh seorang jurugambar pada acara di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan