KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie memulakan langkah cemerlang pada kempen Terbuka India 2025 apabila berjaya menempah tiket ke pusingan kedua dengan menundukkan pasangan Indonesia Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati hari ini.
Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Indira Gandhi Sports Complex, Soon Huat-Shevon tampil bertenaga apabila hanya mengambil masa 36 minit untuk mengatasi ranking ke-21 dunia itu dengan kemenangan straight set, 21-17, 21-17.
Pasangan pilihan keempat kejohanan itu bakal dijadualkan bertemu pasangan Jepun Yuta Watanabe dan Maya Taguchi dalam saingan 16 terbaik esok.
Watanabe dan Taguchi sebelum ini mempamerkan aksi meyakinkan untuk menyingkirkan satu lagi beregu campuran profesional negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien menerusi kemenangan 21-17, 21-15 pada pusingan pertama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial