KUANTAN, 20 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Siti Khadijah Abdul Rahman, 16, daripada ibunya sekitar 8.03 pagi.
Zaiham berkata remaja itu terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Tok Muda, Karak dan mangsa berkulit sawo matang, berbadan sederhana dengan berat 40 kilogram serta memiliki ketinggian lebih kurang 157 sentimeter.
Beliau berkata pakaian terakhir yang dipakai mangsa adalah kemeja-T berlengan panjang berwarna hijau dan putih serta berseluar jeans.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial