MELAKA, 27 Jan (Bernama) -- Kerajaan Melaka belum membincangkan cadangan mewujudkan Jonker Walk 2.0 di Jalan Hang Tuah sebaliknya perkara itu dilihat memerlukan kajian lebih terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
"Walaupun kerajaan negeri menggalakkan produk baharu untuk merancakkan lagi sektor pelancongan namun perkara ini perlu diteliti secara mendalam termasuk daripada kesesuaian lokasi dan kaedah pelaksanaannya.
"Jika mahu bawa Jonker Walk ke tempat baharu, perlu ada kajian mendalam … takut nanti bila pindah tempat baharu, tiada peniaga atau akan merosakkan suasana perniagaan yang lain," katanya kepada pemberita di Dataran Ayer Keroh di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Op Perayaan Tahun Baharu Cina dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial