AM

Tujuh Premis Makanan Di Gua Musang Ditutup - Dr Zaini

23/01/2025 04:30 PM

KOTA BHARU, 23 Jan (Bernama) -- Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan  ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata arahan penutupan selama 14 hari itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. 

"Pemilik premis makanan yang tidak mematuhi perintah penutupan melakukan kesalahan dan jika disabitkan bersalah boleh dikenakan penjara melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zaini berkata tujuh premis itu sebahagian daripada 55 premis kedai makan dan restoran yang diperiksa di sekitar Bandar Lama, Bandar Baru, Bandar Utama, Bandar FELDA Chiku 03 dan kawasan KESEDAR Paloh 1 dan Paloh 2.

Dalam operasi itu, sebanyak 63 notis tawaran kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Antara kesalahan yang dikesan tidak  mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan, tidak membuat pemeriksaan perubatan dan mendapatkan vaksin,” katanya.

Pemilik premis makanan yang gagal mematuhi elemen penting kebersihan telah diberikan bimbingan dan  jika masih tidak mematuhi arahan, penutupan premis akan dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan