KUCHING, 25 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak kini menurun kepada 33 orang daripada 13 keluarga berbanding 123 orang daripada 34 keluarga sebelum ini dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Bahagian Bintulu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam laporan terkininya memaklumkan PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong, yang sebelum ini menempatkan mangsa dari Rumah Tembawai Kapok, Awik, telah ditutup pada pukul 3 petang tadi.
PPS tersebut telah dibuka sejak Ahad lalu bagi menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda rumah panjang berkenaan.
Namun, PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu, masih aktif dan menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas.
– BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial