AM

Bomba Selamatkan Buruh Binaan Tertimbus Tanah

06/02/2025 04:20 PM

KUALA TERENGGANU, 6 Feb (Bernama) -- Seorang buruh binaan warga Indonesia berdepan detik cemas apabila tertimbus tanah ketika kerja menggali lubang tangki kumbahan untuk sebuah kafe di Pantai Teluk Lipat, Dungun, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Shahrizal Shamsudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.55 pagi sebelum menggerakkan sembilan anggota dan sebuah jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Beliau berkata mangsa, Nurpatah, 49, tertimbus tanah hingga ke paras dada ketika menggali lubang mainhole sedalam dua meter itu.

"Bomba yang tiba di lokasi pada 11.59 pagi segera melakukan kerja penyelamatan. Anggota telah menggunakan tali, penyodok dan penggali tanah bagi mengeluarkan mangsa.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada 1.30 tengah hari tadi dan dalam keadaan selamat. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun enggan dihantar ke hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan