AM

Situasi Banjir Di Sabah, Sarawak Tidak Berubah Pagi Ini

14/02/2025 09:55 AM

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Situasi banjir di Sabah dan Sarawak tidak berubah pagi ini dengan jumlah mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu kekal 309 orang.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga, tidak berubah sejak 8 malam tadi.

“Hanya sebuah PPS di Kinabatangan dibuka, trend pemindahan pagi ini kekal,” menurut jawatankuasa itu.

Di SARAWAK, sebanyak 202 orang masih berlindung di dua PPS di Miri, satu-satunya kawasan yang masih terkesan dengan bencana banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8 pagi ini, PPS di Dewan Masyarakat Beluru kekal dengan 137 mangsa, sementara PPS di SMK Bakong Beluru dengan 65 mangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan