AM

Anwar Adakan Pertemuan Dengan Menteri Luar Cuba

14/02/2025 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Feb 1975.

“Kami sempat berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.

“Dalam pertemuan itu, saya menitipkan jemputan kepada Presiden Cuba Miguel Díaz-Canel untuk berkunjung ke negara ini bagi merapatkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama ini,” katanya.

Parrilla berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu ini (12-15 Feb).

Ia merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada 2 Mac 2009.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan