GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan oleh suspek di tempat kejadian pada 8.03 pagi.
“Hasil tindakan pantas, pihak polis telah menahan suspek warga tempatan disyaki ibu kepada bayi tersebut pada 2.20 petang di sebuah hospital swasta di George Town dan dengan tertangkapnya suspek, maka kes ini telah berjaya diselesaikan.
“Polis ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan memberi kerjasama serta bantuan kepada pihak polis dalam siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan.
Abdul Rozak berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial