AM

AirBorneo Anjur Pertandingan Cipta Logo Dan Corak Badan Pesawat

05/03/2025 06:37 PM

KUCHING, 5 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, melancarkan pertandingan mencipta logo dan mereka bentuk corak pada badan pesawat.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pertandingan berkenaan dan menyumbang idea kreatif bagi membentuk identiti baharu Sarawak dalam industri penerbangan.

“Ia susulan sambutan hangat rakyat Sarawak di media sosial selepas pengumuman AirBorneo. Netizen mula berkongsi reka bentuk yang menonjolkan warisan budaya dan keindahan semula jadi Sarawak.

“Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu mencipta logo dan mereka bentuk corak badan pesawat. Peserta digalakkan memasukkan elemen yang mencerminkan budaya, warisan, biodiversiti, nilai mesra alam, keterhubungan serta semangat dinamik AirBorneo,” menurut kenyataan itu.

Menurut UKAS, pemenang akan menerima pengiktirafan khas serta hadiah lumayan daripada penganjur.

Semua reka bentuk tertakluk kepada terma dan syarat. Penyertaan boleh dihantar melalui e-mel ke admin@airborneo.com

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan